Wednesday, 25 January 2017
Wednesday, 4 January 2017
Prospekting Online
Prospekting Online(Cari
orang secara online di laman sosial)
Prospekting online ( Cari orang secara online melalui fb,
twitter, insta, dan sebagainya )
Pertama sekali anda kena buat broadcast whatsapp dahulu. Kenapa
kena buat ? Sebab kelebihan yang anda dapat sekiranya anda menggunakan
broadcast di whatsapp adalah :
- Anda telah menjimatkan masa dari menhantar ayat satu persatu terhadap individu kerana setiap kali anda post di broadcast, mereka akan menerima dalam bentuk private message.
- Jika setiap hari anda post aktiviti anda, mereka akan membaca dan Nampak betapa mudahnya bisnes tone excel ini dan akhirnya mereka akan join.
Lihat cara buat broadcast whatsapp di bawah :
- Senaraikan 20 contact list dalam henfon anda bagi setiap kategori.
- Pastikan senarai contact diasingkan mengikut kategori. Contoh, orang yg x kenal, yang kenal, saudara mara dan lain2 buat satu kategori.
- Pastikan senarai tersebut adalah target anda(target kepada siapa kita nak promote)
- Setiap hari anda post pasal kebaikan tone excel, video, website ataupun aktiviti harian anda semasa membuat tone excel. Contohnya bergambar semasa jumpa prospek(orang), bergambar group meeting di kedai mamak, dan sebagainya.
Kedua, setiap hari add friend baru di facebook dalam 7-10
org sehari dimana org tersebut juga mempunyai friend yang ramai kalau boleh
melebihi 1000 ( kurang dari seribu pn ok ). Add setiap hari sehingga cecah 5000
orang total friend anda. Sebabnya, nanti setiap post anda, akan dilihat oleh
5000 orang tersebut. PASTIKAN ANDA
AKTIFKAN MODE “FOLLOWER” DI FACEBOOK
ANDA SUPAYA ORANG RAMAI BOLEH FOLLOW ANDA SEKIRANYA FIREND ANDA TELAH PENUH.
PENTING!!
Terdapat TIGA cara untuk mendapatkan
prospek(pelanggan) secara online ni. Buat ketiga2 cara ni untuk dapat customer
dengan cepat atau anda boleh pilih salah satu dari ketiga tersebut Iaitu dengan
cara :
1. WALLPOST/TIMELINE(update status)
2. CHATTING FRIENDS(chat dengan kawan2 fb
kita atau kawan yang baru add)
3. GROUP POSTING(posting
kat group2 iklan).
1. WALL POST/TIMELINE
- Orang biasanya takut nak wallpost sebab apa ? Sebab nak
jaga air muka takut kawan2 pandang serong pada diabuat bisnes jual simkad.
Seolah2 hilang harga diri. Sebab tu awak tak boleh bertahan dalam bisnes ni
sebab KEYAKINAN dalam bisnes ni tak ada. Awak tak ada satu sikap yang mana awak
yakin 100% bisnes ni akan ubah hidup awak satu hari nanti. Yang selalu mengata
belakang awak tu satu hari nanti, silap haribulan satu hari nnti, mereka juga
nak buat bsines ini.
- Wall post atau
timeline adalah bermaksud aktiviti seharian kita, kita update dekat wallpost
kita dan time line. Ia juga bermaksud update
status di fb. Ini adalah cara pertama dalam online. Sebab apa kena buat
wallpost, sebab bila kita wallpost, friend2 kita akan Nampak. Jadi bila mereka
nampak, mesti mereka tertanya2 apa yg hebat sngat bisnes yg kita jalankan ini.
mustahil mereka xnak ambil tahu betul? So, cara2nya senang dan mudah. Ikut
sahaja step2nya.
- Post iklan TONE
EXCEL 4 kali sehari. ( Pagi, tengahari, petang, malam). Pastikan iklan anda ada
website anda & no henfon anda.
- Wall post HARI-HARI.
Setiap hari minima 4x post. Cerita pasal passive income, passive income,
passive income, passive income sampai lebam.
- Pastikan ada gambar dan ayat2 yang menarik untuk dapatkan
perhatian prospek(orang).
- Cerita pasal simkad punya kelebihan dan boleh buat duit
sampai orang baca rasa nak Tanya kita.
- Cerita pasal apa aktiviti kita seharian, dapat customer,
pos barang, dapat duit, dan lain2 lagi
Contoh2 wallpost :
2. CHATTING FRIENDS / PM DI FACEBOOK
- Chatting friends atau pm di facebook ni adalah cara kita
menyebarkan kebaikan simkad ajaib tone excel satu per satu kepada kawan2 kita
di facebook samada kita kenal atau x kenal. Contoh friendlist kita yg sedang
online, spam je iklan2 tone excel satu per satu kepada mereka. Buat ayat biar
mereka nampak dan cari kita semula.
- Setiap hari cari
masa yang sesuai untuk chatting dengan kawan baru (yg anda x kenal pn). Kalau
isnin – jumaat (petang hingga malam). Kalau sabtu & ahad (pagi – malam).
Kadang2 malu nak PM personally dengan kawan2 yang ada dengan harapan mereka
datang serah diri pada kita. Income awak tu berapa nak harapkan orang serah
diri nak join bisnes ni ? awak baru je mula bisnes ni. Chatting je dengan
mereka . Sebenarnya mereka tunggu kita direct approach je. Jangan malu2. Bukan
malu tu bagi kita duit tanpa henti pun.
- Hari2 pastikan kita spam je iklan2 tone excel kepada
friendlist yang online tu. Buat satu ayat simple, letak website kita, letak
nombor kita.
- Spam la sehari tu 20-30 senarai kawan yang tengah online
pun takpa. Kita bukan ajak dia buat benda tak elok. Kita hanya ajak tukar
simkad buat duit pasif dengan simkad.
- Ambil nombor whatsapp di setiap friend2 kat fb tu dan guna
skrip yang dah diberi. Salah satu perkara
ramai orang buat tapi masih lagi x pandai2. Sebab apa ? Sebab buat
sekadar buat, taka da satu azam yang mana setiap hari buat wajibkan diri dapat
close seorang yg berminat nak buat bisnes ini. Kalau buat hari2 dapat seorang,
cuba bayangkan sebulan dapat brpa? Sebulan kita dh dapat 30 orang. Kalau dalam
masa sebulan tu kita dpat 30 orang, tiba2 ada la yg x jadi join pun xpa sebab
kita masih ada 29 orang. Jadi kita tak sedih bila dia tipu atau recject last2
minute. Kesimpulannya kita kena bannyakan orang untuk pm, itulah rahsianya.
- Caranya setiap hari pastikan chat/pm prospek(orang) 10
nombor whatsapp. Jangan malas, jangan banyak alas an. Bersepah2 nombor whatsapp
orang bagi kat dalam Facebook tu yang sedang mencari bisnes/side income.
Whatsapp mereka jangan 100% guna ayat skrip tu sebab ianya ayat baku. Ubah
sikit bagi ayatnya x nampak macam copy
paste dan pastikan ayatnya mesra alam buat prospek(orang) kita selesa dengan
kita.
3. GROUP POSTING
- Group posting adalah salah satu cara iklankan produk di
group iklan sedia ada samada group berbayar/bersyarat mahupun group yg percuma.
Contoh nama2 group seperti, tudung murah, iklan laju laju. Iklan percuma satu
Malaysia dan banyak lagi (lihat dibahagian Skrip).
- Selalunya orang yg xnak buat iklan melalui wallpost, boleh
buat melalui group iklan. Tetapi kerja2 posting iklan haruslah banyak dan kalau
boleh biarlah posting iklan kita tu minima 30 group yg mmng approve dari admin
group tersebut.
- Teknik nak dapatkan banyak pm adalah dengan membuat banyak
posting iklan. Anda dilarang buat posting iklan berterusan tanpa henti,
sebabnya kemungkinan besar akaun fb anda akan diban dari pihak facebook kerana
facebook akan mengesan akaun fb anda yang sedang membuat auto post, auto spam.
Sebolehnya selepas posting 1 iklan, berhenti selama 1- 2 minit, kemudian
posting pula iklan di group2 lain. Begitulah seterusnya setiap posting mestilah
ada gap antara 1-2 minit.
-Teknik nak dapatkan banyak pm juga anda boleh buat posting
iklan menggunakan akaun fb lebih dari satu akaun.
CARA- CARA :
- Buat 2-4 akaun fb, kemudian post iklan menggunakan keempat2 akaun fb tersebut dalam masa yg sama.
- Kerja posting lebih dari 1 akaun ini lebih mudah dijalankan menggunakan computer.
- Setiap akaun, mestilah login dengan menggunakan browser yang berbeza. Sebagai contoh, akaun fb pertama login mnggunakan browser google chrome. Akaun fb kedua login menggunakan browser mozila firefox. Akaun fb ketiga pula login menggunakan browser internet explorer. Dan akaun fb keempat login menggunakan browser Opera mini sebagai contoh.






